Tuesday, April 17

Ulangtahun Sufya & Iman

Semoga ada kesempatan untuk ku meraikan hari lahir untuk kedua-dua amanah yang telah diberikan kepada ku dan suami. Alhamdulillah, persiapan tidak lah sehebat sang raja dan si puteri, majlis kesyukuran sederhana akan diadakan pada 28 April 2012 sebagai memperingati kepada yang hadir akan menginjaknya usia anak-anak kecil ini. Begitu juga dengan yang lain.. semakin kita menghampiri hari lahir, semakin hampirnya kita dengan kematian. Semoga bertambah amal ibadat dan bekalan kita untuk menemui Yang Maha Mencipta, insyaAllah.

Ingin mencoret sedikit kisah anakku Imanz... hadirnya dalam rahimku dalam diam.. tidak menyangka akan ada makhluk Allah itu di saat si sulung berusia 3 bulan. Alhamdulillah rezeki Allah datang tiba-tiba. Hati gentar dan khabar baik itu disambut gementar. Takut pengalaman mengandungkan Sufya berulang kembali. Namun, hari-hari ku lalui dengan baik. Tiada simptom yang biasa dikaitkan dengan ibu mengandung. Janin tersebut tumbuh membesar dengan baik. Terlalu cepat ku rasakan 9 bulan itu. 

Tiba saat kelahiran, masih tidak menunjukkan seolah-olah 'dia' mahu untuk keluar. Sehingga jururawat yang memeriksa juga menggelar bayi ku 'sleepy boy', kerana pergerakannya di dalam rahim amat sedikit dan jarang berlaku. Akhirnya Dr memberi keputusan agar ku di 'induce' bagi mempercepatkan proses tersebut. Kerana terlalu 'sleepy', dos yang kedua barulah ku terasa akan kesakitan melahirkan. Sakitnya berbeza dengan sakit melahirkan Sufya, kerana ini sakit dipaksa. Mengambil masa 5jam menahan sakit yang datang dan pergi, dan 1jam setengah di dalam labour room akhirnya dengan mudah 'dia' dilahirkan. Mudah ke? mudah la daripada melahirkan Sufya yang mengambil masa 46jam untuk melahirkan. Maha Suci Allah yang melindungiku dan zuriatku. Cahaya mata kedua ku namakan Syed Iman Khaleef.

Begitulah 2 kisah berbeza yang dapat ku rasai dan ku kenangi seumur hidupku. Begitu besar rupanya nikmat yang Tuhan berikan. Dalam kesakitan ada kebahagiaan, dalam kepayahan ada kenikmatan. Semoga anak-anak ku sentiasa dalam lindungan Allah, dijauhkan dari syaitan yang menyesatkan, amin!


 Iman pada 24 April 2011 jam 10.08 malam

Iman Mac 2012



No comments: