Wednesday, December 30

Bertemu kembali ..

Sudah lama menyepi, kini timbul rasa keinginan untuk meng'update' blog. Memandangkan banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku. Ok lah, aku mulakan dengan 'my precious' yang sudah pun menjadi milik aku selama 5 bulan. My Precious itu adalah sebuah KERETA. Itulah aset yang aku ada selain hp setakat ini. Tanggal 26 Jun 2009, aku telah pergi ke showroom Proton di Taiping bersama suami, mak dan ayah untuk mengambilnya. My lucky number is 1485... Terima kasih buat nasir, mak dan ayah kerana tidak membantah atas cadanganku untuk memiliki kereta sendiri. Most thankful to my mum cause allow and understand me..

Seminggu selepas aku memiliki 'gegurl' (stand for AGV), aku telah mengalami perubahan fizikal yang amat teruk. Demam berselang selama beberapa hari. Berikutan kes H1N1 yang melanda negara, timbul rasa bimbang lantaran atas pujukan hubby, aku membuat pemeriksaan di salah sebuah klinik swasta. Aku -ve H1N1, tapi yang lebih memeranjatkan bila Dr mengesahkan aku hamil satu bulan.. Alhamdulillah, memang itu yang aku dan hubby tunggu. Orang pertama yang aku bagitahu of course la my mum.. Aku ngn hubby teruja sangat, maklum lah nk terima orang baru! huhu... seminggu lepas kahabar itu, aku telah menerima alahan yang maha teruk sehingga dimasukkan ke wad di 2 buah hospital. Dah la time tu bulan puasa, siksa rasanya, tapi aku terima semua itu dengan redha demi janin yang ada dalam rahimku. Kemuncak alahan aku adalah pada malam raya. Malam itu aku muntah more than 10 times, aku langsung tidak boleh menghidu bau masakan. Kebetulan raya Aidilfitri kali ni disambut buat pertama kalinya di Johor. Aku hanya melepak di depan tv sedangkan keluarga mentua yang lain sibuk menyiapkan persiapan raya. Alhamdulillah, pagi raya, aku berasa sedikit lega dan dapat menikmati semua makanan yang dulunya xboleh aku makan.. dalam x sedar, boleh plak aku termakan rendang itik.. huh tu la 1st time aku makan..