Wednesday, February 10

Makan-makan

Pada 15 Feb ni, mak ngn ayah saya dh decide nak wat sedikit kenduri doa selamat @ majlis lenggang perut.. eee dasat tul nama majlis tu.. actually kandungan dh masuk 33 mggu dan kenduri ni dibuat untuk menempah mak bidan yang bakal menjaga saya dalam tempoh berpantang kelak.

Bercerita tentang baby kat dalam nih, seriau rasanyer. Sempena kepulangan saya ke kampung mentua minggu lalu, mak mentua telah membawa saya berjumpa dengan 'nek Pesah' seorang bidan kampung yang punya tauliah dari KKM. Alasan saya ialah sering merasa sakit di bahagian kaki. Maka 'nek pesah' pun melihat dan merasa.. huh, rupenyer baby ni dok melintang kat dalam perut nih (kepala kanan, kaki kiri *satu kaki berlunjur*). Setelah dibetulkan, mak ai.. tinggi rasanyer perut sbb baby dh dok betul2 kat dalam nih... hmm setelah selesai sume, saya gi join yang lain di tepi pantai untuk memukat... semuanya berkeadaan baik sehingga malam menjelma. Saya rasa baby bergerak melampau, pe yang die wat tak tau la.. dan kaki yang dulunya sakit kembali lagi sakit. Keesokannya saya ditemani suami pergi sekali lagi ke rumah 'nek pesah'. Rupanya baby macam senget sikit dan kepala die dah langgar urat besar kat kaki ni, dat why la sakit gilos.. so wat pembetulan kali kedua la perut nih.. huh!

Itulah kali terakhir perut ni di setup. Mungkin 15hb ni, ada bidan yang ditempah khusus ni boleh tengok2 kan sekali lagi. Mintak2 baby dok elok2 la kat dalam ni. Tak sanggup plak rasanya nk relakan perut muda ni dicarik2 oleh Dr. Arghhh!!

Ok, sampai di sini dulu. Tata!:cinonet_31:

* nama baby masih kabur, sekiranya ada cadangan leh email yer untuk pertimbangan.
Her mum and dad dah blurr sangat..