Wednesday, April 25

Moist love cake for him

Tiba-tiba rasa malas nak mengarang ayat untuk entry kali ini. Sebenarnya tiada idea tapi mau update jugak. Buat pertama kalinya, hari ulangtahun kelahiran En. Hubby iaitu pada Mac yang lepas, ku hanya sekadar menyediakan tangan kosong kerana dua tahun kebelakangan ini setiap kali hari lahirnya, ku pasti akan ada hadiah buatnya. Tahun 2010, telah ku hadiahkan seorang puteri comel, dan 2011 seorang putera kacak yang ku namakan mereka sebagai pengikat kasih antara kami. Lalu, agak terlewat pada tahun ini, ku hanya sekadar menyediakan sebiji kek yang ku adun dengan penuh kasih sayang sempena meraikan hari lahirmu.









Happy Belated Birthday ...
We Always Love You ...
Papa @ Bee

Tuesday, April 17

Ulangtahun Sufya & Iman

Semoga ada kesempatan untuk ku meraikan hari lahir untuk kedua-dua amanah yang telah diberikan kepada ku dan suami. Alhamdulillah, persiapan tidak lah sehebat sang raja dan si puteri, majlis kesyukuran sederhana akan diadakan pada 28 April 2012 sebagai memperingati kepada yang hadir akan menginjaknya usia anak-anak kecil ini. Begitu juga dengan yang lain.. semakin kita menghampiri hari lahir, semakin hampirnya kita dengan kematian. Semoga bertambah amal ibadat dan bekalan kita untuk menemui Yang Maha Mencipta, insyaAllah.

Ingin mencoret sedikit kisah anakku Imanz... hadirnya dalam rahimku dalam diam.. tidak menyangka akan ada makhluk Allah itu di saat si sulung berusia 3 bulan. Alhamdulillah rezeki Allah datang tiba-tiba. Hati gentar dan khabar baik itu disambut gementar. Takut pengalaman mengandungkan Sufya berulang kembali. Namun, hari-hari ku lalui dengan baik. Tiada simptom yang biasa dikaitkan dengan ibu mengandung. Janin tersebut tumbuh membesar dengan baik. Terlalu cepat ku rasakan 9 bulan itu. 

Tiba saat kelahiran, masih tidak menunjukkan seolah-olah 'dia' mahu untuk keluar. Sehingga jururawat yang memeriksa juga menggelar bayi ku 'sleepy boy', kerana pergerakannya di dalam rahim amat sedikit dan jarang berlaku. Akhirnya Dr memberi keputusan agar ku di 'induce' bagi mempercepatkan proses tersebut. Kerana terlalu 'sleepy', dos yang kedua barulah ku terasa akan kesakitan melahirkan. Sakitnya berbeza dengan sakit melahirkan Sufya, kerana ini sakit dipaksa. Mengambil masa 5jam menahan sakit yang datang dan pergi, dan 1jam setengah di dalam labour room akhirnya dengan mudah 'dia' dilahirkan. Mudah ke? mudah la daripada melahirkan Sufya yang mengambil masa 46jam untuk melahirkan. Maha Suci Allah yang melindungiku dan zuriatku. Cahaya mata kedua ku namakan Syed Iman Khaleef.

Begitulah 2 kisah berbeza yang dapat ku rasai dan ku kenangi seumur hidupku. Begitu besar rupanya nikmat yang Tuhan berikan. Dalam kesakitan ada kebahagiaan, dalam kepayahan ada kenikmatan. Semoga anak-anak ku sentiasa dalam lindungan Allah, dijauhkan dari syaitan yang menyesatkan, amin!


 Iman pada 24 April 2011 jam 10.08 malam

Iman Mac 2012



Monday, April 9

2 year of Sufya Hanna ...

Salam sejahtera kepada semua yang melalui belog saya ataupun yang berhenti seketika untuk menghilangkan penat lelah anda.. terima kasih banyak..
Rasa macam mahu mengaktifkan diri dalam menghapdate belog ini semula.. sebab dah rasa mual dan buhsan dengan isi-isi kandungan laman sosial yang nampak gayanya kurang memberi impak terbaik dalam diri ini. Walaubagaimanapun kewujudannya masih diperlukan untuk sentiasa 'keep in touch' dengan rakan-rakan tersayang di luar sana.. huh, ayat tak tahan.. (cuba untuk disiplinkan lidah dan jari yang suka sangat cakap dan tulis shorthand) ..

Kembali kepada tajuk di atas.. '2 YEAR OF SUFYA HANNA' .. wee, sudah meningkat usia puteriku, alhamdulillah beliau membesar dengan sihat dan bijak aktif. Tapi jauh di sudut hati kecil ni, tersimpan rasa bimbang dan gundah gulana. Adakah anak ini mampu ku didik sebaik mungkin agar dia mampu menempuhi cabaran-cabaran hidup yang kian berliku. Adakah terlalu awal untuk ku memikirkannya. Budak-budak sekarang, cepat sangat pembelajarannya.

Rasanya pada entri sebelum ni yang ku sendiri tak hengat ingat dah yang mana satu sebab terlalu rajin update blog, ada menulis tentang perkembangan cik cupi Sufya ni, tp mungkin tidak banyak sebab cik Sufya dahulunya tinggal di kampung dengan parents ku. Tapi bila beliau 'official'nya berada di depan mataku setiap hari, ku sudah dapat melihat peningkatan yang amat ketara dilakukannya. Alhamdulillah, setakat ini puteri seorang itu menginjak ke 2 tahun dengan tubuh yang sihat, minda yang terkawal. (Yang ni x janji lagi)
..

Sabtu yang lepas, 7 April 2012 telah menyingkap kembali detik cemas Sufya dilahirkan. Bila dikenang semula, sakit dan payahnya melahirkan satu nyawa dari rahimku membuatku rasa sedih dan bersyukur..bila berpaling pada sufya yang kini riang berlari, memunggah barang, menyonteng dinding, membebel, suka merajuk.. semua itu boleh ku abaikan, ku lupakan demi satu sejarah dan kenangan yang tiada galang gantinya. Walaupun kadangkala sikap dan karenahnya boleh bikin hati gua ku panas. Alhamdulillah, nyawa yang kulahirkan itu selamat dalam jagaanku.

Satu acara makan-makan antara kami berempat telah diadakan walaupun ku tahu Cik sufya tidak mengerti apa-apa. Hanya kami as a parents mahu saat itu dijadikan satu saat yang indah yang boleh dikenang. InsyaAllah jika diizinkan satu Majlis Kesyukuran akan diadakan sempena kelahiran Cik Sufya dan adiknya En. Iman Caliph hujung bulan ini. Semoga Allah memberi kemudahan untukku
.

Terdetik seketika, dalam blog tersayang ku ini, masih amat jarang ku bercerita tentang anak hero ku a.k.a Sufya's Brother .. terlalu berahsia kah ku? Malas kah ku? huh, ku pun tidak pasti, mungkin kerna ku tiada idea untuk mencoret kisah anak lelaki ku.. my love, imanz.. akan ku update kisah ku melahirkannya, mungkin agak berbeza dari saat aku melahirka
n Cik Sufya.. pendek kisahnya, mungkin juga kerna itu tiada karangan yang panjang bisa ku coretkan.

Buat anak sulung ku sempena hari lahirmu yang ke-2, 'SHARIFAH NUR SUFYA HANNA' .... ya, kamu adalah bukti cinta hati m
ama dan papa..

Ya Allah kau sempurnakan hidup anakku ini..
Kau jadikan ia hamba yang mulia disisimu..
Berikan ia petunjukmu..
Berilah ia hidayah mu..
Kau peliharalah akhlak dan imannya..
semoga, ia tergolong dalam hambamu yang beriman dan beramal solleh

Kau permudahkanlah perjalanan hidupnya ya Allah..
kau bukakanlah seluas-luasnya pintu rezeki buatnya..
Sekiranya rezekinya ada dilangit..
kau turunkanlah ia..
Dan sekiranya ada di perut bumi..
kau keluarkan ia..

Buat anaku SHARIFAH NUR SUFYA HANNA..
Lalui hidup ini dengan tabah dan yakin,
ingat selalu.. mama, papa, man alif..
papah, atok, nenek sentiasa ada untuk menyayangimu..

Cik Sufya 48 hari di muka bumi Allah..

Cik Sufya kini..


'Selamat Hari Lahir Yang Ke2 Sayang!!!' ...
:pingu_22: