Wednesday, September 1

Cerita kelmarin

Huh..bukak blog je pasti sume orang bercerita tentang shopping menyopping.. x ubah jugak aku.. tp kisah kat sini just nk citer persiapan raya si Sufya... nak beli baju raya mama ngn papa die pun tergendala pasal nk kena beli baju Pya dulu..kang x sedondon lak.. huhu..

Disebabkan mama die telah survey barang2 yang akan dibeli, maka masa yang diambil untuk merembat sangat terhad..dengan ditemani ibunda tersayang (papa xde, sbb kena keje), kami terus ke Curve membeli kelengkapan Pya..

Nasiblah masih ada saiz yang sesuai dengan Pya..hmm ingatkan just nak beli gown je, sekali terpandangkan kasut yg cumil2 sangat..rembat lagi..haha..sampai kat kaunter bayaran nmpk lak headband yang sesuai beno ngn baju die, rembat wat kali terakhir la..hikhik..barang Pya aje dh RM150.00.. hmm ni agak nyer ada ke bajet untuk mama papa die nih...

Habis tang tu, gi terjah kedai kasut lak sebab kononnye nenek Pya pn nk usha kasut..eee sungguh xbek tau sbb last wik kat jusco ipoh pn nenek Pya dh rembat sepasang kasut..hmm
usha punye usha xde lak kasut yang berkenan di hati mama ni pasal nk cari yang agak sesuai ngn preggy woman..huh, baru nk merasa hight heel dh preg again..so, xdelah membeli kasut lagi until dis day..sedih sungguh...

Boleh tahan gak beraya dah ada anak nih..huhuh... ada beberapa item lagi yg belum selesai sempena sambutan raya nih..camne pn aku akan tetap besederhana je...

Thursday, August 26

Preggy woman

I'M PREG AGAIN!!!

hoh..... mama ngn papa sayang Sufya...

sufya akan ada adik....be a gud sis k sayang!!!

Monday, April 26

Kelahiran

Lama sudah tak mengupdate kisah kat sini. Sejak dari entry terakhir sehingga kini saya dalam tempoh berpantang..

5/4/2010

Menunggu ketibaan mertua dari Ampang. Malam harinya sakit yang dinantikan mula menjelma, tapi mungkin masih diperingkat awal. Kesakitan yang dirasakan hadir setiap setengah jam sekali. Tidur malam ini mula terganggu.

6/4/2010

Kesakitan hadir setiap 15 minit sekali. Menunggu suami yang keluar awal pagi untuk urusan dialisis abah di Batang Kali. Membuat keputusan untuk ke hospital apabila sakit yang dirasakan dalam tempoh 5 minit sekali.


Tiba di hospital dan hanya dibenarkan membawa sehelai kain batik. Selepas selesai pendaftaran, saya dibawa masuk untuk pemeriksaan tanpa ditemani suami. Pada saat ini, disahkan bahawa pintu rahim baru terbuka 1cm. Ditempatkan di wad sementara yang hanya memuatkan 2 orang sebilik bagi menanti pemeriksaan Dr yang selanjutnya pada jam 5 ptg.

Jam 5 ptg, Dr sahkan bahawa pintu rahim telah terbuka 3cm, saya terpaksa menunggu untuk 10cm bagi proses kelahiran ini. Yang tidak tertanggung saat ini adalah kesakitan yang datang dan pergi.

Melalui waktu malam di wad dengan suami di ruang menunggu. Hanya berbalas mesej yang berkisar tentang kesakitan yang ditanggung. Tidak tahan, akhirnya meminta jururawat memberikan bius tahan sakit. Akhirnya terlena namun masih tetap merasa sakit.

7/4/2010

Jam 6 pg, setelah diperiksa pintu rahim masih di tahap yang sama iaitu 3 cm. Akhirnya, jururawat memberi ubat agar dapat membuang air bagi membantu proses kelahiran kelak.
Terus dibawa ke labour room pada jam 7.30 pg, masih sempat membalas sms suami yang setia menanti di luar. Menanti saat kelahiran di atas katil dengan ditemani pelatih2 yang akan bersama sama melalui saat paling menggerunkan. Jam 8.00 pg Dr telah memecahkan air ketuban yang dirasakan mengalir laju keluar. Sakit yang dirasakan sebelum ini rupanya hanyalah sedikit jika dibandingkan dengan kesakitan yang dilalui saat ketuban pecah. Mula bertarung demi satu nyawa yang ada di dalam rahim bermula jam 10.00 pg. Akhirnya setelah dipanggil, muncul suami tatkala memerlukan sedikit sokongan terakhir. Jam 12.50 tgh lahirlah bayi perempuan menandakan tamatnya penantian kami berdua selama ini.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga dirakamkan istimewa buat Syed Nasir yang tidak jemu menjaga dan setia disisi dari saat disahkan mengandung sehingga tiba waktu kelahiran ini. Terima kasih juga buat kedua ayahanda bonda kerana banyak meluangkan masa menjaga makan minum dan buat semua yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan ibu dan anak ini.

Wednesday, February 10

Makan-makan

Pada 15 Feb ni, mak ngn ayah saya dh decide nak wat sedikit kenduri doa selamat @ majlis lenggang perut.. eee dasat tul nama majlis tu.. actually kandungan dh masuk 33 mggu dan kenduri ni dibuat untuk menempah mak bidan yang bakal menjaga saya dalam tempoh berpantang kelak.

Bercerita tentang baby kat dalam nih, seriau rasanyer. Sempena kepulangan saya ke kampung mentua minggu lalu, mak mentua telah membawa saya berjumpa dengan 'nek Pesah' seorang bidan kampung yang punya tauliah dari KKM. Alasan saya ialah sering merasa sakit di bahagian kaki. Maka 'nek pesah' pun melihat dan merasa.. huh, rupenyer baby ni dok melintang kat dalam perut nih (kepala kanan, kaki kiri *satu kaki berlunjur*). Setelah dibetulkan, mak ai.. tinggi rasanyer perut sbb baby dh dok betul2 kat dalam nih... hmm setelah selesai sume, saya gi join yang lain di tepi pantai untuk memukat... semuanya berkeadaan baik sehingga malam menjelma. Saya rasa baby bergerak melampau, pe yang die wat tak tau la.. dan kaki yang dulunya sakit kembali lagi sakit. Keesokannya saya ditemani suami pergi sekali lagi ke rumah 'nek pesah'. Rupanya baby macam senget sikit dan kepala die dah langgar urat besar kat kaki ni, dat why la sakit gilos.. so wat pembetulan kali kedua la perut nih.. huh!

Itulah kali terakhir perut ni di setup. Mungkin 15hb ni, ada bidan yang ditempah khusus ni boleh tengok2 kan sekali lagi. Mintak2 baby dok elok2 la kat dalam ni. Tak sanggup plak rasanya nk relakan perut muda ni dicarik2 oleh Dr. Arghhh!!

Ok, sampai di sini dulu. Tata!:cinonet_31:

* nama baby masih kabur, sekiranya ada cadangan leh email yer untuk pertimbangan.
Her mum and dad dah blurr sangat..

Tuesday, January 19

Little Biz

Bahawasanya saya dan En. Nasir telah bersepakat untuk menjalankan 'little biz' ataupun berniaga kecil-kecilan. Keputusan ini diambil berikutan tuntutan taraf hidup yang tinggi di kota dan mengambil kira status 'parents to be' tidak lama lagi :pingu_11:. Biz tersebut tidaklah terlalu hebat sehingga mampu mencapai keuntungan beriban-riban, cukuplah sekadar pengalaman untuk graduan IT dan Undang-Undang macam kami :pingu_04:. Hurm.. tak sabar rasa nyer nk tunggu En. Nasir dapat bonus, boleh launching terus nih! Buat kalian yang membaca, doakan kejayaan kami dalam mengusahakan biz kecik-kecik nih yer:pingu_07: Sekian untuk kali ini.


Love,
:pingu_10: